EMA$ oh EMA$ !

Simpanan Ema$ jika dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk wang, selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan atau semakin susut nilainya.

Sebagai contoh, sekitar tahun 1980-an, wang belanja anak-anak kita ke sekolah antara 20 sen - 30 sen sehari. Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan nilainya sekarang di tahun 2012 ?

Kini rata-rata ibubapa memberikan wang poket RM2 - RM3 untuk membeli makanan dan minuman.  Bermakna ibubapa kini terpaksa membayar lebih 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan terus merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Manakala sejarah telah membuktikan nilai emas tidak pernah susut dalam jangka masa sederhana & panjang, atau hilang nilainya. Terbukti pada zaman Nabi s.a.w, harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar emas dan pada hari ini, iaitu selepas 1400 tahun berlalu harga seekor kambing masih 1 dinar emas. Bagaimana jika kita membeli kambing menggunakan wang kertas pada beberapa tahun dahulu berbanding masa sekarang ???


Harga Emas 916 pada Ogos 2000 ~ RM 39 segram
Harga Emas 916 pada Mac 2012  ~ RM 190 segram
*harga kedai tidak termasuk upah tukang 


SILA HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN
012 - 247 37 56